BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Friday, December 31, 2010

TIDUR....tidur.....kesan tidur

Pengenalan

Keperluan tidur setiap orang adalah berbeza. Walaupun kita semua menghadapi kesukaran tidur dari masa ke masa, biasanya ini adalah sementara. Kesukaran tidur (insomnia) boleh menjadi gangguan mental sekiranya ia berlaku pada setiap malam sehingga menganggu aktiviti harian. Apakah itu insomnia ? Insomnia adalah gejala utama berhubung gangguan (sleep disorder). Antara gejala insomnia adalah : · sukar untuk memulakan tidur · sering terjaga dari tidur di malam hari dan sukar untuk tidur semula · bangun terlalu awal pada waktu pagi · tidak rasa segar bila bangkit dari tidur.



Simptom


Rasa mengantuk di siang hari dan ketidakupayaan berfungsi dengan cekap di waktu siang adalah tanda-tanda yang lazim diperhatikan. Kesan-kesan lain termasuk mudah tersinggung dan marah, kemurungan, sering hilang tumpuan dan dalam kes-kes tertentu, tertidur semasa bekerja, makan, berbual atau memandu.

Kesan

Jenis-jenis insomnia : · Insomnia sementara. Mengalami masalah tidur kurang daripada satu minggu. Antara sebab-sebab insomnia ini termasuk bekerja mengikut syif dan tekanan perasaan. · Insomnia jangka pendek. Mengalami masalah tidur selama sebulan. Antara sebab-sebabnya termasuk perubahan persekitaran seperti dirawat di hospital, pertukaran kerja atau tempat kerja, masalah keluarga dan masalah kesihatan. · Insomnia kronik. Merupakan gangguan serius yang dialami lebih daripada sebulan. Mengikut kajian, lebih kurang 1/3 hingga 2/3 pesakit yang mengalami insomnia kronik mengalami masalah mental.






Pencegahan

Petua untuk tidur : · tetapkan waktu tidur yang sama setiap malam · pastikan tempat tidur yang selesa dan persekitaran yang sesuai · jangan fikirkan apa-apa masalah sebelum tidur · lakukan senaman ringan pada siang hari · jika anda tidak boleh tidur, jangan baring di tempat tidur dan memikirkannya. Bangun, baca buku, dengar muzik atau minum susu panas, selepas itu baring semula di tempat tidur. Berapa lama tidur diperlukan ? Tempoh masa tidur setiap individu berbeza antara satu sama lain. Purata jumlah masa tidur yang diperlukan sehari ialah 7 hingga 8 jam. Kajian menunjukkan individu yang tidur kurang daripada 4 ½ jam sehari mempunyai risiko tinggi terhadap penyakit jantung koronari. Kualiti tidur tidak hanya bergantung kepada jumlah masa tidur sahaja tetapi juga kepada keupayaan seseorang itu berfungsi dari segi fizikal dan mental pada keesokkan harinya. Elakkan : · Terlalu banyak minum kopi, teh atau menghisap rokok · Makan berlebihan sebelum tidur · Terlalu banyak tidur di siang hari. Insomnia boleh di rawat dengan : · Jumpa doktor sekiranya insomnia menganggu urusan harian. Doktor boleh membantu mencari punca atau sebab dan memberi rawatan yang sesuai · Elakkan daripada mengambil ubat tidur tanpa nasihat doktor. · Ubat tidur boleh digunakan untuk rawatan yang berkesan, tetapi jika di ambil dengan kerap, boleh mengakibatkan gangguan kesihatan dan ketagihan. Tidur adalah amalan yang penting bagi setiap individu kerana ia memberi kesegaran dari segi mental dan fizikal. Kita menghabiskan 1/3 daripada hayat kita untuk tidur. Seseorang yang mempunyai masalah tidur harus mendapat nasihat doktor pada peringkat awal. Rawatan yang diberikan termasuk kaunseling, mengubah gaya hidup, mengatasi tekanan dan ubat tidur.





GAMBARAN 



0 comments: